10 fakta tentang Rosario yang perlu kita tahu.
Umat Katolik di seluruh dunia sedang menjalani bulan Mei yang didedikasikan secara khusus bagi Bunda Maria.
Mari kita lihat 10 fakta tentang rosario yang wajib diketahui:
- Rosario berarti mahkota mawar
Kata rosario berasal dari kata bahasa latin rosarioum yang berarti mahkota mawar. Ketika kita berdoa Rosario, kita seperti sedang berjalan melalui sebuah taman mawar milik yang indah milik Bunda Maria. - Mulai digunakan sejak abad ke-3
Manik-manik Rosario sudah ada sejak abad ke-3. Para biarawan Timur mengembangkan pelbagai bentuk Rosario. - Penampakan di Fatima, Portugal
Salah satu peristiwa besar dalam sejarah Rosario adalah penampakan Bunda Maria di Fatima, Portugal. Bunda Maria menampakkan diri sebanyak enam kali kepada Lucia de Jesus, Francisco dan Jacinta Marto. Penampakan pertama pada tahun 1917 dan penampakan terakhir dengan keajaiban matahari yang luar biasa. Pada penampakan ini Bunda Maria mengungkapkan identitiya sebagai “Our Lady of the Rosary”.
Bahkan, Bunda Maria menitipkan pesan kepada ketiga-tiga kanakkanak itu untuk memberitahu seluruh dunia agar tekun berdoa Rosario.
- Rosario tidak hanya dipakai oleh orang Katolik
Bukan hanya orang Katolik sahaja yang memakai atau memiliki kalung Rosario.
Faktanya, Gereja Ortodoks Timur Yunani dan Turki juga memiliki rosario dengan 100 manik. Gereja Ortodoks Rusia pula memiliki Rosario dengan 103 manik. Gereja Katolik
Roma memiliki 59 manik rosario, di mana 53 manik atau butir untuk doa Salam Maria dan enam yang lainnya untuk doa Bapa Kami.
- Sebagai Hadiah
Kalung Rosario telah lama menjadi salah satu pemberian untuk orangorang terkasih. - Rosario sebagai pelindung
Ramai orang Katolik percaya bahawa memiliki rosario dapat melindungi diri dari pelbagai bahaya.
Ramai yang menggunakan kalung Rosario di leher, di kenderaan sebagai lambang atau identiti bahawa mereka adalah umat Katolik.
- Bapa Suci Rosario
Sri Paus Leo XIII (1878-1903) dikenali sebagai The Rosary Pope atau Sri Paus Rosario.
Gelaran itu diberikan kerana peranan besar Sri Paus Leo XIII yang mendorong umat Katolik di seluruh dunia berdoa Rosario.
Meskipun hanya enam tahun sebagai Sri Paus, Bapa Suci Leo XIII telah menulis sebuah ensiklik singkat tentang Rosario yang paling kudus.
- Peristiwa Terang
Selain Sri Paus Leo XIII, Sri Paus Santo Yohanes Paulus II juga dikenali sebagai peribadi yang sangat mencintai doa Rosario. Sebelum ini, doa Rosario hanya terdiri dari tiga peristiwa, iaitu peristiwa mulia, gembira dan sedih. Santo itu telah menambah peristiwa terang dalam doa rosario pada tahun 2002. - Doa paling popular
Doa Rosario adalah doa popular di seluruh dunia yang membawa umat semakin dekat dengan Tuhan dan Bunda Maria. - Merenungkan Injil dan Kisah Yesus Kristus
Setiap peristiwa di dalam doa Rosario berisi tentang perjalanan Yesus Kristus dan Bunda Maria. Berdoa Rosario memberikan banyak waktu untuk ikut merenungkan Injil dan mendalami semua karya keselamatan Yesus Kristus.– iKatolik/iman Katolik